Hai,bertemu kita dalam siri seterusnya,kali ni kita belajar menggunakan salah satu aplikasi di dalam Nokia Pc Suite,Untuk permulaan kita belajar mengenai Nokia Application Installer.Kegunaan NAI ni adalah untuk kita memasukkan sebarang perisian JAVA ke dalam handphone kita tak kira samaada games atau perisian biasa yang banyak duk ada di dalam internet.
Format perisian java untuk nokia adalah dalam bentuk JAR dan satu lagi ada dalam bentuk JAD tapi JAD hanyalah agen kepada fail JAR,bagi Nokia application Installer versi 1.0 setiap perisian atau games yang hendak di masukkan kedalam handphone memerlukan fail JAD tetapi untuk versi 2.0 ini kita hanya memerlukan fail dalam bentuk JAR sahaja yang boleh di masukkan dengan begitu mudah sahaja,hanya satu klik dan kurang 8 saat semua dah siap :),
Untuk langkah pertama sila buka Nokia Application Installer kemudian aktifkan IR di handphone anda,siapa pakai kabel tu cucuk sajalah kabel ke bontot handphone tu,bila ada komunikasi di antara handphone dan pc maka secara automatik NAI ini akan membaca kandungan di dalam handphone anda di mana anda akan nampak kandungan di dalam folder Application phone anda.(sila lihat gambo kat bawah).
Di sebelah kiri adalah tempat kita browse kedudukan fail-fail atau perisian java di dalam PC kita dan sebelah kanan adalah kandungan di dalam phone kita.Apabila dah browse klik saja mana-mana fail java yang hendak di masukkan kedalam phone kemudian klik butang anak panah warna hijau tu dan tunggulah sekejab untuk proses permindahan di lakukan.Dah siap! kalau tidak ada apa-apa masalah sambungan samaada dgn IR atau kabel serta tiada masalah dengan fail-fail java yang nak di masukkan itu maka anda telah berjaya.Kalau ada masalah sambungan seperti out of range dan yg sewaktu dengannya sila check IR anda terlebih dahulu.pastikan ianya di pasang mengikut ISO 9002 kekekekeke.
OK, masalah bagi NAI ni satu saja, apabila kita nak masukkan games,kerana games tidak dapat di masukkan kedalam folder GAMES di phone kita,kekadang tu ada gak yg terlepas bergantung kepada fail games tersebut tapi kebanyakkannya tak lepas dan akan berada di dalam folder Application,ini kurang menyeronokkan, untuk mengatasi masalah ini tokei dah buat sedikit ubahsuai dengan NAI ni dan bolehlah semua games yang nak di masukkan nanti berada di dalam folder Games.Ok sila ikuti penerangan di bawah tentang TGI (Tokeikedai Games Installer).
Sila download Tokeikedai Games Installer di ruangan K-DOwnload. Untuk menggunakan TGI anda memerlukan Pc Suite 5.64 , selepas download TGI ni copy masuk ke dalam folder Nokia PcSuite 5 menggunakan window explorer (tengok gambo di atas).Sebelum membuka TGI pastikan anda menutup dahulu NAI ,lepas tu macam biasa aktifkan IR di handphone atau cucuk kabel di bontot handphone masing seperti yang di ajar di atas tadi. Apabila ada komunikasi di antara phone dan pc maka TGi akan membaca kandungan handphone anda secara automatik dan kandungan yang di baca adalah di dalam folder Games bukan Application.(lihat gambo kat bawah).
Jadi seperti NAi , proses memasukan games kedalam phone menggunaka TGi adalah sama,browse dulu lokasi games di dalam pc anda kemudian klik nama games tersebut dan klik anak payah warna hijau tu.tunggu sekejab siaplah dia :).dah selesai. senang bukan murid-murid ? Ok ,tokei ucapkan selamat mencuba.ada masalah sila emailkan kepada wap@tokeikedai.net.my.
psst : Minggu depan kita akan belajar menggunakan Nokia Sound Converter untuk membuat nada dering polifonik atau poligedik bagi handphone nokia.so jangan lupa adik-adik bertemu lagi kita di dalam siri yang akan datang di waktu dan tarikh yang sama.babai
Tidak ada komentar:
Posting Komentar